Sunday, December 13, 2009

Monumen Agung Dunia

Berikut ini ialah senarai monumen agung dunia:

1. Bangunan Kaabah

2. Tembok Besar China

3. Piramid, Giza, Mesir

4. Makam Taj Mahal, Agra, India

5. Masjidil Aqsa, Palestin

6. Patung Statue Liberty, USA

7. Menara Condong, Pisa, Itali

8. Candi Borobudur, Jogjakarta, Indonesia

9. Angkor Wat, Kemboja

10. Bangunan Colloseum, Itali

11. Ukiran Batu Tamadun Inca

12. Kuil Shwedagon, Yangon

Friday, December 11, 2009

ZAMAN PRA SEJARAH

Zaman Pra Sejarah merujuk kepada Zaman Manusia Belum Mengenali Tulisan ertinya tiada sebarang rekod Sejarah dijumpai, satu-satunya maklumat tentang zaman ini adalah dari bahan-bahan carigali arkeologi melalui peninggalan artifak, ekofak dan feature masa silam. Antaranya lukisan di dinding gua, ukiran batu dan sebagainya.

Zaman Pra Sejarah terbahagi kepada dua iaitu Zaman Batu (Batu Awal= Paleolitik; Batu Akhir = Neolitik) dan Zaman Logam (gangsa dan besi). Zaman Batu merupakan zaman kuno yang primitif manakala Zaman Logam lebih maju. Pada zaman Batu manusia hidup berpindah randah, tinggal di gua batu dan berada di kawasan sumber air (tepi sungai, tasik dan laut) dan menggunakan alat-alat daripada batu.

Pada zaman akhir Neolitik dan awal Zaman Logam, manusia mula hidup menetap dan menghasilkan artifak. Penduduk bertambah dan wujud pengkhususan pekerjaan. ketika inilah lapisan sosial mula berlaku.

Antara karya yang dihasilkan ialah Tembikar, Bata dan Arca

PENUBUHAN UNIVERSITI MALAYA

Sebaik sahaja Suruhanjaya Maclean menerbitkan penyatanya pada 17 Jun 1939, dua institusi pengajian tinggi yang wujud di Singapura pada waktu itu iaitu Kolej Raffles dan Kolej Perubatan King Edward VII mendapat cadangan penggabungan bagi mewujudkan sebuah IPt baru yang dinamakan Kolej Universiti Malaya, walau bagaimanapun hasrat ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perang Dunia Kedua meletus, dan Tanah Melayu menjadi tanah jajahan Jepun.

Pada tahun 1943, sekali lagi sebuah Suruhanjaya baru ditubuhkan untuk mengkaji penubuhan sebuah IPT bagi Malaya iaitu Suruhanjaya Asquith yang merealisasikan penubuhan Kolej Universiti Malaya (1943) dan pada tahun 1947 ekoran cadangan Suruhanjaya Carr Saunders, Kolej Universiti ini telah diluluskan menjadi sebuah universiti untuk Malaya. Pada 8 Oktober 1949 secara rasmi Universiti Malaya ditubuhkan melalui pengumuman yang dibuat oleh canselor Pertamanya Malcolm MacDonald di Dewan Kolej Raffles. Dalam perisytiharan itu, Malcolm MacDonald berkata :

"Marilah hari ini kita tubuhkan dengan baik dan tulus hati sebuah universiti, bagi menyalakan obor pengetahuan, obor kebenaran, obor kebajikan dan obor kecantikan turun temurun, menyatu padukan manusia dalam ikatan kasih mesra terhadap makhluk Tuhan"

Prof Carr Saunders mencadangkan tiga aliran utama Universiti Malaya yang hendak ditubuhkan, iaitu : Aliran sastera, Aliran Sains dan Aliran Perubatan. Antara tokoh Melayu terawal yang dapat melanjutkan pelajaran mengikuti pengajian Ijazah Sarjanamuda Sastera dalam bidang Sejarah ialah Arkitek Pendidikan Negara iaitu Dr. Aminuddin Baki. Setelah lulus cemerlang dari UM dalam bidang Sejarah beliau menjadi alumni UM yang cemerlang ditawarkan biasiswa Queen ke UK (1951-1952). Demikianlah asal mula kewujudan UM. Sejak Aminuddin Baki, ramai tokoh negara dalam pelbagai bidang lahir dari UM. Memang UM sebuah institusi warisan penting pendidikan Negara, dulu, kini dan selamanya.

Raphael

Sejarah adalah guru kehidupan

Nenda sering berpesan padaku
Sejarah adalah guru kehidupan
Di dadanya terbongkar segala cerita
Kisah perit penderitaan
Di bawah era penjajahan
Hak peribumi dirampas
Tenaga mereka dikuras
Tak pernah merasa kesenangan
Sentiasa dihimpit kemiskinan

Ayah seringkali berpesan padaku
Sejarah adalah guru kehidupan
Tanpa kemerdekaan tak mungkin kita maju
Tentu kita terus terbelenggu
angsa kita kini yakin
Membaswa Malaysia berpacu
Setanding dengan negara maju

Aku anak merdeka
Lahir pada zaman ICT
Celik mata melihat KLCC
Pergi kemana sahaja tak pernah berjalan kaki
api aku tahu, semuanya ini adalah hasil Sejarah
Sejarah adalah guru kehidupan
Mengajarku tentang erti kesyukuran
Mendidikku tentang rasa penghargaan
Terhadap seluruh para pejuang
Mewariskan kami negara yang penuh kemajuan

Raphael

Thursday, December 10, 2009

Ulasan Soalan Sejarah SPM 2008 dan 2009 Bahagian Struktur

BAHAGIAN STRUKTUR

Pada tahun 2008, 4 tajuk yang keluar ialah berkaitan:
1. Demokrasi di Athens dan Malaysia
2. Perjanjian Hudaibiyah
3. Penyerahan Sarawak kepada British oleh Charles Vyner Brooke
4. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

Pada tahun 2009, 4 tajuk yang keluar ialah berkaitan :
1. Sistem perundangan Kerajaan Melayu
2. Renaissance
3. Faktor-faktor Kemunculan Semangat Nasionalisme
4. Undang-undang Tubuh Negeri Johor

Pada tahun 2010, 4 tajuk yang dijangkakan ialah :
1. Sistem Pentadbiran Kerajaan Srivijaya
2. Peperangan Dalam Islam
3. Imperialisme dan Perluasan Wilayah
4. Dasar Pendidikan Kebangsaan

Soalan struktur pada tahun 2009 melibatkan tajuk bab-bab akhir Teks Tingkatan 4 manakala bab-bab tengah Tingkatan 5, maka pada tahun 2010 Bab-bab awal Tingkatan 4 dan Bab awal dan akhir Tingkatan 5 perlu diberikan tumpuan