Tuesday, January 26, 2010

IDENTITI KEDAULATAN NEGARA

TENGKOLOK
COGAN AGAMA
GENDIK DI RAJA
KALUNG DIRAJA
PENDING DI RAJA

MOHON DIRI

Jam telah menunjukkan 2.30 pagi.Matapun dah mengantuk. Sambung lagi bahan Sejarah esok.
Selamat pagi dari nuansasejarah.
Pantun Dua Kerat Ciri-ciri Negara Bangsa Dalam Kesultanan Melaka

Bersama Ayah menuju ke Baruh
Tentulah WILAYAH juga PENGARUH

Cikgu mengajar beri perhatian
Ciri kedua ialah KERAJAAN

Masuk hutan disakat jembalang
tentulah tahu LAMBANG-LAMBANG

Kecut perut takut gayat
Ada negara adalah RAKYAT

Kerja Sambilan menjual cucur udang
Cirinya KEUNGGULAN UNDANG-UNDANG

Ke Manir membeli Rotan
yang terakhir KEDAULATAN

Singkatan :  KELAM KURA DAUWIP

UNSUR SASTERA DALAM PENGAJARAN SEJARAH

Pantun Negara Bangsa

Tinggi sungguh puncak menara
Menara letaknya di Pulau Angsa,
Memang jenuh membina Negara
Jerih payahnya sebuah bangsa

Kota Medan, kapal berlabuh
Tasik Cini cerita Naga
 Dulu sempadan wilayah pengaruh
Taruhannya kini Negara Bangsa

Buat rencah gulai pelanduk
Bau aroma bangkit selera
Satu wilayah ramai penduduk
Ada Raja cukup bijaksana

Gulai asam buah mempaya
Buah jambu lebat dipangsa
Aneka resam, adat budaya
bersatu padu berbilang bangsa

Patah dahan si Pohon Nangka
Ranting menimpa atas gelegar
Tiga badan fungsi berbeza
Menggubal melaksana setiap dasar

KONSEP REALPOLITIK

Dikenali juga dengan istilah "Politik Darah dan Besi" kerana melibatkan pertumpahan darah dan jeriji besi yang dicetuskan oleh seorang tokoh kontroversi di Eropah, Nicollo Machiavelli yang terkenal dengan idea "Matlamat Menghalalkan Segala Cara". Idea ini banyak digunakan oleh tokoh-tokoh politik sejak abad ke 16 bagi mencapai matlamat dan menjayakan misi mereka. Antara tokoh yang menggunakan idea dan gagasan ini ialah Count Camillo Benso de Cavour yang menyatukan Negara Itali dan Otto Eduard Von Bismarck yang menubuhkan negara Jerman

MEMELIHARA KEHARMONIAN BANGSA MALAYSIA

Seruan demi seruan ke arah perpaduan merupakan agenda yang sudah lama bertapak dalam lipatan Sejarah pembentukan Negara Bangsa sejak pembentukan Negara Islam Madinah lagi. Pidato baginda RasululLah s.a.w ketika pembukaan Kota Makkah juga menyeru dengan jelas agenda perpaduan ummah yang  menyediakan sebuah negara berkebajikan untuk semua lapisan masyarakat dan mengiktiraf peranan setiap kaum dalam membangunkan negara.
Dalam konteks Negara Malaysia, agenda perpaduan menjadi resam yang sebati dalam pelbagai bidang kehidupan dan kerananya jugalah Malaysia terus bertahan sebagai negara majmuk yang bebas daripada konflik dan kekacauan antara kaum dan agama. Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberi kita pengajaran bermakna tentang kepentingan perpaduan dan kerjasama antara kaum.
Pembangunan Malaysia dari dekad ke dekad dibangunkan atas dasar persefahaman erat antara seluruh warganegara tanpa mengira kaum dan asal usul mereka. Bangsa Malaysia sebagaimana yang dinyatakan oleh Tun Mahathir ialah "Satu bangsa yang diikat oleh ikatan ketatanegaraan yang bekerjasama membangunkan negara sebagai satu syarikat". Ertinya, kekuatan bangsa Malaysia adalag gandingan tenaga pelbagai kaum yang saling mempertahankan tradisi dan resam masing-masing tetapi dalam masa yang sama memperkukuhkan identiti negara dengan unsur kepelbagaian.
Tiada salah mempertahankan adat dan tradisi masing-masing kaum, kerana kelebihan inilah juga yang membezakan Malaysia dari negara-negara lain di dunia. Dengan kekuatan kepelbagaian budaya, serta sikap tolak ansur antara kaum, Malaysia dapat dibangunkan dengan penuh cemerlang dan cepat melonjak ke arah kemajuan. Pengisian kemerdekaan telah dapat dilaksanakan dengan baik.
Sejarah kehancuran Melaka akibat perbalahan kaum  perlu dijadikan iktibar. Perbalahan sesama kita hanya merupakan api dalam sekam yang akan menghancurkan seluruh puing-puing pembangunan yang telah ditegakkan. Semuanya ini harus dielakkan, perhatian dan pertimbangan untuk kemaslahatan seluruh rakyat dan penyatuan bangsa patut menjadi agenda utama setiap daripada kita semua.
Anugerah dan nikmat keamanan, kesejahteraan dan keharmonian yang menjadi kayu ukur kejayaan Malaysia perlulah terus dipertahankan dan diperkukuhkan. Melestarikan makna Satu Malaysia ke dalam seluruh jiwa rakyat hingga menghapuskan syak wasangka dan prejudis adalah inisiatif terbaik. Tempoh 53 tahun kemerdekaan negara sudah semestinya mematangkan kita untuk membuat keputusan dan mengambil jalan penyelesaian. Marilah sama-sama kita renung dan fikirkan.