Dasar Luar Malaysia
Tahap Pertama : Pro Barat
Tahap Kedua : Berkecuali
Tahap Ketiga : Perkembangan Ekonomi
( a ) Berdasarkan senarai di atas, huraikan setiap satu dasar luar tersebut.
10m
Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-barat kerana Malaysia masih di tahap awal merdeka dan bergantung dengan Barat. Pada tahap ini, Malaysia mengamalkan sikap anti komunis dan dasar ini dilaksanakan pada zaman Tunku Abdul Rahman kerana faktor politik, ekonomi dan sosial. Pada tahap ini, ancaman komunis berleluasa dan mengancam keselamatan negara. Oleh sebab itu, Malaysia memerlukan bantuan daripada rakan-rakan dalam kalangan negara komanwel.
Malaysia juga pada tahap awal ini mengamalkan dasar berbaik-baik dengan jiran bagi mengelakkan sebarang konflik berlaku. Hal ini adalah pengajaran daripada peristiwa konfrontasi yang berlaku akibat pembentukan Malaysia.
Pada tahap kedua, Malaysia dibawah pemerintahan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn telah menjalankan dasar berkecuali iaitu mengelakkan negara terlibat dalam mana-mana konflik antarabangsa. Hal ini juga selari dengan konsep ZOPFAN yang dicetuskan oleh pemimpin negara untuk mengelakkan sebarang konflik antarabangsa di kawasan Asean.
Di bawah pemerintahan Dr. Mahathir dasar luar yang bersifat berkecuali masih lagi diteruskan, disamping memperkenalkan dasar-dasar baru yang bertujuan membawa negara bersaing dengan dengan negara-negara lain seperti dasar pandang ke timur yang bertujuan mendapatkan pemindahan teknologi dari negara Asia Timur iaitu Jepun dan Korea. Malaysia juga mempertngkatkan hubungan dua hala dengan negara lain malah menggiatkan misi perdagangan ke luar negara, dalam setiap misi perdagangan memorandum persefahaman perdagangan ditandatangani.
No comments:
Post a Comment