Penyebaran Islam tersebar meluas ke seluruh Jazirah Arab sebaik sahaja penubuhan Negara Islam Madinah dan pengukuhan Kerajaan Islam.
(a) Orientalis mendakwa Islam disebarkan melalui mata pedang bukan secara sukarela.
Kemukakan hujah-hujah untuk menyangkal dakwaan ini.
Sebenarnya tersebarnya Islam secara meluas bukanlah kerana paksaan atau peperangan tetapi kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad memikat hati penduduk. Peperangan berlaku disebabkan ancaman berterusan terhadap kafilah perdagangan umat Islam sehingga memaksa orang Islam untuk bertindak mempertahankan diri, agama dan negara. Apabila menang dalam peperangan, tawanan perang tidak dibunuh atau dipaksa memeluk Islam, sebaliknya mereka diampunkan oleh Rasulullah seperti yang terjadi dalam peperangan Badar tetapi dengan syarat tawanan lelaki hendaklah mengajar 10 kanak-kanak Islam membaca, menulis dan mengira. Malahan, rumah-rumah ibadah orang bukan Islam tidak pula dirobohkan.
6 m (m.s 129-131)
Kata Kunci : 1. Kebenaran ajaran Islam memikat hati
2. Ancaman berterusan
3. Mempertahankan diri, agama dan negara
4. Tawanan tidak dibunuh
5. Tawanan tidak dipaksa memeluk Islam
6. Mengajar kanak-kanak Islam
7. Rumah ibadah bukan Islam tidak dironohkan
( b ) Terangkan peristiwa peperangan dan prinsip peperangan yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam.
Peperangan yang pertama dalam Islam berlaku pada bulan Ramadan tahun 2 hijrah apabila kaum Quraisy mencabul perjanjian Hudaibiyah. Allah memerintahkan kaum musliminin memerangi kaum kafir. Perang pertama ini menyaksikan pertembungan yang tidak seimbang, kerana tentera Islam hanya 300 orang sedangkan tentera kafir 2000 orang, namun kemenangan berpihak kepada Umat Islam kerana roh dan semangat Jihad. Perang kedua berlaku di Bukit Uhud dengan pasukan pemanah di larang meninggalkan bukit, tetapi akibat ingkar dengan perintah, umat Islam tewas. Peperangan selanjutnya berlaku di Madinah apabila umat Islam dikepung oleh tentera bersekutu Quraisy tetapi kebijaksanaan Salman al-Farisi yang memberi ilham mengorek parit sekeliling Kota memberi kemenangan kepada umat Islam. Peperangan dibenarkan dalam Islam apabila diserang musuh, memelihara keselamatan rumah ibadah, menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
10 m (m. 130)
Kata kunci : 1. Tahun 2 H
2. Perang Badar
3. Mencabul Perjanjian Hudaibiyah
4. Tidak seimbang
5. 300 tentera Islam lawan 200 tentera kafir
6. Perang Uhud
7. Ingkar perintah - tewas
8. Perang Ahzab / Khandak
9. Ide Salman al-Farisi
10. Menggali parit
11. Apabila diserang musuh
12. Memelihara rumah ibadah
13. Menentang kezaliman
14. Mempertahankan diri
( c ) Apakah garis panduan yang ditetapkan oleh Allah SWT dalam peperangan?
Allah SWT telah menetapkan peraturan tertentu terhadap tentera Islam dalam peperangan iaitu mereka tidak boleh membunuh orang awam yang lemah dan tidak berdaya seperti orang tua, kanak-kanak, kaum wanita, orang yang sakit dan tentera yang telah menyerah diri. Tentera Islam juga dilarang sama sekali membunuh binatang ternakan atau memusnahkan tanaman. Mereka juga dilarang menceriboh dan memusnahkan tempat ibadah bukan Islam.
4 m (m.s 131)
Kata Kunci : 1. Tidak boleh membunuh orang yang lemah
2. Orang Tua, Kanak-kanak dan Wanita
3. Orang Sakit
4. Tentera yang menyerah diri
5. Dilarang membunuh haiwan ternakan
6. Tidak boleh memusnahkan tanaman
7. Rumah Ibadah bukan Islam
Saturday, November 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment