Friday, November 13, 2009

SOALAN STRUKTUR SPM 2009

Perkembangan agama merupakan ciri-ciri ketamadunan bangsa-bangsa di dunia.

(a) Apakah kepercayaan asas agama Hindu?
Kepercayaan bahawa Tuhan mempunyai tiga fungsi iaitu mencipta, memelihara
dan membinasa
( 2 m )

(b) Apakah faktor utama yang mendorong kemunculan agama Buddha di India?
Sistem Kasta Hindu yang membezakan manusia pada beberapa tahap
( 2 m )

(c ) Apakah yang dimaksudkan dengan istilah pagan?
Orang yang tidak menganut sebarang agama di dunia. ( 1 m )

( d ) Bagaimanakah penghormatan yang diberikan oleh masyarakat China kepada Confucius?
Confucius telah disembah sebagai dewa penting kaum China dan ajarannya menjadi
pegangan orang China (2 m)

( e ) Apakah yang dimaksudkan dengan Wu Wei mengikut ajaran Tao.
Wu wei ialah keadaan di mana seseorang tidak bertindak apa-apa terhadap apa
yang berlaku kerana akan merosakkan alam
( 3 m )

No comments:

Post a Comment