Aku melihat jam di skrin komputer tepat jam 12.30 malam, banyak tulisan yang perlu aku siapkan. Untuk menghilangkan bosan, lebih baik rasanya aku update nuansasejarah ni. Hari ini aku ingin menceritakan bagaimana pengalaman hidup di FELDA semasa kecil. Bagi sesetengah anak muda zaman sekarang mungkin tidak mengenal perkampungan FELDA. FELDA diwujudkan atas ilham pemimpin berjiwa rakyat Tun Hj Abdul Razak Hussein yang mahu membangunkan masyarakat Melayu luar bandar agar terlepas daripada belenggu kemiskinan dan memperbaiki taraf hidup. Pada zaman 80-an ketika itu, orang Melayu masih hidup dalam kesempitan dan kepayahan. Ide FELDA ini memang tiada duanya di dunia ini, hanya Malaysia yang berjaya mewujudkannya dengan cara membuka tanah hutan, ditebang tebas, kemudian dibina petempatan penduduk, disediakan kemudahan asas (sekolah, air, api, klinik dan blok kedai kooperasi FELDA) serta diberi setiap seorang peneroka 10 ekar tanah yang ditanam dengan komoditi getah atau kelapa Sawit.
Aku hidup dan membesar di Felda Bersia, Gerik, Perak nun di utara Perak, yang mempunyai link dengan Baling di Barat dan Jeli di Kelantan, berhampiran Belum Rain Forest. Memang kehidupan di Felda pada waktu itu menyeronokkan, kehidupan beragama masih kuat, amalan gotong royong begitu terserlah dan yang paling aku ingat, ketika bulan ramadan dan hari raya, selepas Salat Hari Raya, jemaah akan berkumpulan mengunjungi dari rumah ke rumah hinggalah semua rumah dikunjungi.
Ide penubuhan FELDA bagi aku memang satu ide yang brilliant oleh negarawan ulung kita. Banyak kejayaan telah ditatang, kejayaan yang paling besar ialah memberikan tanah ladang untuk kaum bumiputera, meningkatkan taraf hidup mereka dan menyediakan banyak peluang untuk anak-anak FELDA bersaing dengan anak-anak kampung dan bandar. Pada masa sekarang tiada lagi FELDA baru yang dibuka. Kawasan FELDA yang paling luas di buka ialah FELDA Jengka dan FELDA Air Tawar, kemudian FELDA Lasah dan Trolak.
Sekarang FELDA telah banyak berubah. Rumah lama peneroka dah banyak bertukar baru, tetapi tak kurang juga terbiar kosong atau kekal dengan rumah asal. Aku adalah generasi Felda yang telah mengalami banyak perubahan dalam kehidupan. Hari Raya yang lalu, aku sempat singgah di FELDA Bersia. Keadaan tidak banyak berubah, persimpangan Jalanraya Timur Barat - Bandariang masih dalam keadaan yang serupa, kekal asli dan semulajadi.
Coretan sampai disini
Aku Anak Felda
Thursday, November 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment