Monday, November 16, 2009

SOALAN STRUKTUR SEJARAH SPM

Revolusi merupakan satu perubahan besar yang berlaku. Di Eropah telah berlaku perubahan besar di bidang pertanian.

(a)      Pengeluaran makanan secara besar-besaran semasa Revolusi Pertanian didorong oleh pelbagai faktor. Kemukakan faktor-faktor itu   .
          i.     Perubahan sistem pemilikan tanah
          ii.    Penggunaan kaedah saintifik
          iii     Teknik penanaman lebih efisien
          iv.   Penggunaan peralatan baru
          v.    Penggunaan baja kimia
          vi.   Kaedah pemasaran sistematik

(4 m )
( b )  Kenapakah tuan-tuan hendak memagar tanah-tanah awam?
         Berlakunya pertambahan penduduk yang menyebabkan pengeluaran makanan perlu dipertingkatkan. Tambahan pula harga gandum kian melonjak.
(2 m)
( c )    Nyatakan implikasi pemagaran tanah awam terhadap golongan petani.
        i.     Petani kehilangan punca rezeki
        ii.    Terpaksa menjadi buruh ladang
       iii.    Berhijrah ke kawasan bandar
        iv.   Menjadi buruh kilang perusahaan
( 2 m )


( d )    Apakah sumbangan Lord Townshend terhadap kemajuan pertanian pada zaman Revolusi?
          Beliau memperkenalkan sistem penggiliran tanaman, agar tanaman menjadi lebih subur kerana mendapat bahan mineral yang berlainan. Antara tanaman yang digilirkan ialah semanggi, clover dan turnip.
( 2 m )

No comments:

Post a Comment