Monday, November 16, 2009

SOALAN SEJARAH SPM 2009

Para pelajar sekalian;

Soalan Sejarah SPM bagi kertas 2 terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A (Struktur) mengemukakan 4 soalan iaitu 2 soalan (Tingkatan 4) dan 2 soalan (Tingkatan 5), manakala Bahagian B pula (2 soalan Tingkatan 4) dan (3 soalan Tingkatan5). Sekarang marilah kita perhatikan beberapa topik penting yang diramalkan penting untuk peperiksaan pada hari Khamis ini bagi Bahagian Struktur.

SOALAN STRUKTUR

Perjanjian Aqaba I dan II memberi implikasi yang cukup besar terhadap perkembangan Sejarah Islam kerana selepas perjanjian inilah, Islam tersebar dengan meluas ke serata Jazirah Arabia dan membawa perubahan baru kepada masyarakat Arab.

(a)      Kenapakah masyarakat Aus dan Khazraj beria-ia ingin berjumpa dan bertemu dengan Nabi?
          Kaum Aus dan Khazraj mendapat tahu tentang kebenaran Nabi melalui kitab Orang Yahudi serta mahu mencari pemimpin bagi memimpin Orang Arab Yathrib.
(2 m )
(b)     Dimanakah letaknya Aqaba?
          Letaknya Aqaba antara Makkah dan Mina
(1 m)
(c )    Kemukakan 2 kandungan Perjanjian Aqaba I
         i.     Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul
        ii.     Berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w
        iii.    Meninggalkan amalan jahiliyyah
(2 m)
(d)     Bagaimanakah Islam tersebar ke Yathrib selepas Perjanjian Aqaba?
         Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Mus'ab Umair ke Yathrib untuk mengajar ajaran Islam
(1 m)

( e )    Apakah implikasi penting Perjanjian Aqaba II kepada peradaban Islam?
         i.    Berlakunya peristiwa Hijrah Nabi ke Yathrib
        ii.    Jaminan keselamatan dan kesanggupan Orang Madinah mempertahankan Islam
        iii.   Penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin
        iv    Penukaran nama Yathrib kepada Madinah
        v.   Islam berkembang luas ke Jazirah Arabia
(4 m) 
         
         

No comments:

Post a Comment