Thursday, November 5, 2009

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN NEGARA

Selepas merdeka sehingga era 1 Malaysia, perkembangan pendidikan negara nampaknya mengalami perubahan yang cukup pesat, mengkagumkan dan membanggakan kita. Kepesatan ini ditunjangi oleh perubahan dasar demi dasar yang menaungi seluruh perkembangan pendidikan negara bermula daripada Penyata Razak 1956 yang menekankan perpaduan kaum melalui pendidikan dengan mencadangkan kurikulum yang seragam dan perwujudan Sekolah Kebangsaan, kemudian diteruskan oleh Penyata Rahman Talib (1960) yang meneruskan agenda Penyata Razak dan mengemukakan cadangan penggunaan Bahasa Kebangsaan serta kemahiran 3 M ke arah pembasmian buta huruf memberi kesan yang cukup ketara dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Laporan Aminuddin Baki tentang aliran teknikal dan vokasional telah mendapat respons yang baik daripada kerajaan ketika itu, sehingga Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional di wujudkan. Laporan Kabinet 1979 yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir yang ketika itu Menteri Pelajaran menyerlahkan lagi potensi pendidikan negara ke satu era baru, melalui rombakan kandungan sukatan dan semakan buku teks, sehinggalah diwujudkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1981) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1983). Ada yang bertanya kenapa di peringkat rendah tiada perkataan "bersepadu"? Jawapannya mudah, tumpuan di peringkat rendah adalah "basic curricullum" dengan memberi tumpuan kepada kemahiran 3M sedangkan di peringkat Menengah, pencapahan ilmu dan aliran mula berlaku. Penyepaduan antara Ilmu Agama dan Dunia berlaku, pelbagai disiplin ilmu dipelajari oleh pelajar.

Biarpun negara telah mengalami perubahan ketara, warisan pendidikan penjajah masih lagi terus di kekalkan. Sekolah Jenis Kebangsaan masih terus wujud, biarpun ada seruan daripada Prof Khoo Kay Kim ke arah Sekolah Satu Aliran, namun pelaksanaannya bukanlah semudah cadangan, ianya memerlukan perbincangan yang menyeluruh, bersemuka dan penjelasan yang mubasabah dan terperinci.

Golongan minoriti seperti masyarakat Orang Asli juga tidak dilupakan dalam arus pendidikan, biarpun kadar keciciran dalam kalangan masyarakat Orang Asli masih lagi ketara. Penubuhan sekolah Orang Asli di pos RPS mereka diharapkan memberi kesedaran dan peluang pendidikan yang sewajarnya.

Tumpuan kerajaan sejak PiPP di perkenalkan oleh Tun hj Abdullah Ahmad Badawi ialah "MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN" dan "MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN" kedua-dua aspek ini penting dalam menjadikan pendidikan sebagai agen perpaduan dan guru sebagai transmisi ilmu, budaya dan peradaban. Antara jalan penyelesaian yang patut diambil untuk mewujudkan hubungan baik antara etnik ialah saling mengenali antara satu sama lain, namun hal ini sukar dicapai jika masing masing kaum mempunyai sekolah yang berteraskan perkauman. Agenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan sebenarnya perlu mendapat sokongan pelbagai kaum, barulah ianya boleh dilaksanakan.

Kerajaan sentiasa sedar, kepentingan golongan guru dalam menzahirkan hasrat untuk membentuk modal insan berkualiti, kerana kelayakannya, kemahirannya dan kesediaan mereka untuk melaksanakan khidmat dengan baik. Di peringkat ini, pelbagai jenis Sekolah telah ditubuhkan untuk memenuhi kehendak golongan PINTAR CERDAS seperti Sekolah Bestari, Sekolah Kluster dan Sekolah Berasrama Penuh.

Selain daripada itu, terdapat badan lain (bukan KPM) iaitu MARA yang menaja bidang pendidikan, bermula dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 5. Sekolah MARA antara sekolah yang berprestasi tinggi dan melahirkan anak Malaysia yang berpotensi.

Di peringkar Pengajian Tinggi, kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia, hub pendidikan serantau, iaitu menjadi tumpuan pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran, disinilah penglibatan pihak swasta perlu dibeikan perhatian. Antara universiti elit di Malaysia, ialah :
1, Universiti Malaya
2. Universiti Pertanian / Putra Malaysia
3. Uniiversiti Kebangsaan Malaysia
4. Universiti Sains Malaysia
5 Universiti Teknologi Malaysia

Cukup di sini dahulu

Raphael

No comments:

Post a Comment