Sunday, December 13, 2009
Monumen Agung Dunia
1. Bangunan Kaabah
2. Tembok Besar China
3. Piramid, Giza, Mesir
4. Makam Taj Mahal, Agra, India
5. Masjidil Aqsa, Palestin
6. Patung Statue Liberty, USA
7. Menara Condong, Pisa, Itali
8. Candi Borobudur, Jogjakarta, Indonesia
9. Angkor Wat, Kemboja
10. Bangunan Colloseum, Itali
11. Ukiran Batu Tamadun Inca
12. Kuil Shwedagon, Yangon
Friday, December 11, 2009
ZAMAN PRA SEJARAH
Zaman Pra Sejarah terbahagi kepada dua iaitu Zaman Batu (Batu Awal= Paleolitik; Batu Akhir = Neolitik) dan Zaman Logam (gangsa dan besi). Zaman Batu merupakan zaman kuno yang primitif manakala Zaman Logam lebih maju. Pada zaman Batu manusia hidup berpindah randah, tinggal di gua batu dan berada di kawasan sumber air (tepi sungai, tasik dan laut) dan menggunakan alat-alat daripada batu.
Pada zaman akhir Neolitik dan awal Zaman Logam, manusia mula hidup menetap dan menghasilkan artifak. Penduduk bertambah dan wujud pengkhususan pekerjaan. ketika inilah lapisan sosial mula berlaku.
Antara karya yang dihasilkan ialah Tembikar, Bata dan Arca
PENUBUHAN UNIVERSITI MALAYA
Pada tahun 1943, sekali lagi sebuah Suruhanjaya baru ditubuhkan untuk mengkaji penubuhan sebuah IPT bagi Malaya iaitu Suruhanjaya Asquith yang merealisasikan penubuhan Kolej Universiti Malaya (1943) dan pada tahun 1947 ekoran cadangan Suruhanjaya Carr Saunders, Kolej Universiti ini telah diluluskan menjadi sebuah universiti untuk Malaya. Pada 8 Oktober 1949 secara rasmi Universiti Malaya ditubuhkan melalui pengumuman yang dibuat oleh canselor Pertamanya Malcolm MacDonald di Dewan Kolej Raffles. Dalam perisytiharan itu, Malcolm MacDonald berkata :
"Marilah hari ini kita tubuhkan dengan baik dan tulus hati sebuah universiti, bagi menyalakan obor pengetahuan, obor kebenaran, obor kebajikan dan obor kecantikan turun temurun, menyatu padukan manusia dalam ikatan kasih mesra terhadap makhluk Tuhan"
Prof Carr Saunders mencadangkan tiga aliran utama Universiti Malaya yang hendak ditubuhkan, iaitu : Aliran sastera, Aliran Sains dan Aliran Perubatan. Antara tokoh Melayu terawal yang dapat melanjutkan pelajaran mengikuti pengajian Ijazah Sarjanamuda Sastera dalam bidang Sejarah ialah Arkitek Pendidikan Negara iaitu Dr. Aminuddin Baki. Setelah lulus cemerlang dari UM dalam bidang Sejarah beliau menjadi alumni UM yang cemerlang ditawarkan biasiswa Queen ke UK (1951-1952). Demikianlah asal mula kewujudan UM. Sejak Aminuddin Baki, ramai tokoh negara dalam pelbagai bidang lahir dari UM. Memang UM sebuah institusi warisan penting pendidikan Negara, dulu, kini dan selamanya.
Raphael
Sejarah adalah guru kehidupan
Sejarah adalah guru kehidupan
Di dadanya terbongkar segala cerita
Kisah perit penderitaan
Di bawah era penjajahan
Hak peribumi dirampas
Tenaga mereka dikuras
Tak pernah merasa kesenangan
Sentiasa dihimpit kemiskinan
Ayah seringkali berpesan padaku
Sejarah adalah guru kehidupan
Tanpa kemerdekaan tak mungkin kita maju
Tentu kita terus terbelenggu
angsa kita kini yakin
Membaswa Malaysia berpacu
Setanding dengan negara maju
Aku anak merdeka
Lahir pada zaman ICT
Celik mata melihat KLCC
Pergi kemana sahaja tak pernah berjalan kaki
api aku tahu, semuanya ini adalah hasil Sejarah
Sejarah adalah guru kehidupan
Mengajarku tentang erti kesyukuran
Mendidikku tentang rasa penghargaan
Terhadap seluruh para pejuang
Mewariskan kami negara yang penuh kemajuan
Raphael
Thursday, December 10, 2009
Ulasan Soalan Sejarah SPM 2008 dan 2009 Bahagian Struktur
Pada tahun 2008, 4 tajuk yang keluar ialah berkaitan:
1. Demokrasi di Athens dan Malaysia
2. Perjanjian Hudaibiyah
3. Penyerahan Sarawak kepada British oleh Charles Vyner Brooke
4. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Pada tahun 2009, 4 tajuk yang keluar ialah berkaitan :
1. Sistem perundangan Kerajaan Melayu
2. Renaissance
3. Faktor-faktor Kemunculan Semangat Nasionalisme
4. Undang-undang Tubuh Negeri Johor
Pada tahun 2010, 4 tajuk yang dijangkakan ialah :
1. Sistem Pentadbiran Kerajaan Srivijaya
2. Peperangan Dalam Islam
3. Imperialisme dan Perluasan Wilayah
4. Dasar Pendidikan Kebangsaan
Soalan struktur pada tahun 2009 melibatkan tajuk bab-bab akhir Teks Tingkatan 4 manakala bab-bab tengah Tingkatan 5, maka pada tahun 2010 Bab-bab awal Tingkatan 4 dan Bab awal dan akhir Tingkatan 5 perlu diberikan tumpuan
Thursday, November 26, 2009
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN SEJARAH 2010
Format Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan ialah :
Tarikh Mingg/Bulan Tajuk Aktiviti BBB
Saturday, November 21, 2009
TUNGGU SOALAN RAMALAN SPM 2010
JIKA ANDA ADA SEBARANG KEMUSYKILAN SEJARAH
Wednesday, November 18, 2009
JAWAPAN KERTAS 1249/1 SPM 2009
A Kemahiran Ilmu Geometri
B Menjamin keselamatan Wilayah
C Melahirkan individu seimbang
D Memperkukuhkan ked Raja
A Pembinaan Baray
B Pembunuhan anggota kabilah
C Mewakafkan rumah
B Pembukaan Kota Makkah
B Dikenakan cukai tambahan
B Mewujudkan tentera tetap
C Seni Bina
B Menjalankan perluasan kuasa
C Melalui kegiatan perdagangan
A Menentukan corak pemerintahan
B Menguruskan harta kerajaan
D Pembahagian kawasan penjelajahan
A Tamadun tempatan tergugat
D Pergantungan kepada pasaran dunia
B Mengekalkan hak milik
B Memantapkan pentadbiran kerajaan
C Memperjuangkan kemajuan ekon
A Menduduki Naning
A Penjanaan ajaran Islam utk maju
A Menghargai warisan bangsa
B Demokrasi
A Menyatukan Negara
D Pengenalan Sistem Raja Berperlem
D Menghapuskan Negara dan B. Mel
D Perjuangan Kemerdekaan
A Perisytiharan Tarikh Merdeka
C Menjelaskan tentang Gagasan Msia
B Hak Imigresen
C Memastikan kelancaran pentad
B Hak Sabah dan Agama Islam
D Persekutuan Borneo
D Penglibatan Bumiputera
A Hubungan / Pertelingkahan
C Memutuskan hubu Diplomatik
A Memupuk Keamanan Dunia
Monday, November 16, 2009
TAJUK-TAJUK SPM SEJARAH 2009 TINGKATAN LIMA
2. Gerakan Islah : Kaum Muda vs Kaum Tua
3. Undang-undang Tubuh Negeri Johor dan Terengganu
4. Demokrasi Berparlimen
5. Lambang-lambang Negara + Jata Negara
6. Dasar Pendidikan Kebangsaan (Penyata Razak + Rahman Talib+ FPN)
7. Pergerakan Politik di Sarawak (Rosli Dhobie dan Rukun 13)
8. Dasar-dasar Luar Malaysia
9. Peranan Malaysia dalam OIC/NAM/PBB/Komanwel/ASEAN
DASAR LUAR MALAYSIA
TIPS MENGULANGKAJI SOALAN OBJEKTIF
Esok kamu akan menghadapi Soalan Sejarah Kertas 1 (Objektif). Untuk itu langkah terakhir yang boleh dibuat ialah :
1. Ingat peristiwa penting bagi setiap tajuk dalam Buku Teks
2. Baca sepintas lalu setiap info tambahan dalam buku teks
3. Kenalpasti tokoh-tokoh berpengaruh pada setiap zaman. Contohnya Tokoh Zaman Renaissance, Tokoh Gerakan Islah, Tokoh Nasionalisme, Tokoh-tokoh Quraisy dan Tokoh-tokoh Pejuang
4. Baca semua bab secara : "speed reading"
5. Buat latihan dan soalan daripada buku soalan tahun-tahun lepas atau soalan percubaan Sekolah lain
SELAMAT MENJAWAB. Pastikan sasaran anda 35 soalan betul
SOALAN ESEI TENTANG PERLEMBAGAAN (SPM 2009)
1. Apakah yang dimaksudkan dengan keluhuran perlembagaan?
Keluhuran Perlembagaan adalah prinsip ketiga Rukun Negara yang membawa maksud keagungan dan ketertinggian undang-undang. Hal ini bermakna, perlembagaan tidak boleh dicabar dan disangkal oleh mana-mana undang-undang lain, malahan mengatasi Yang Di Pertuan Agong , Raja-raja, Parlimen dan Jemaah Menteri. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan dianggap batal dan tidak boleh dilaksanakan. Hal ini jelas termaktub dalam perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan undang-undang bagi menjamin keluhurannya.
SOALAN STRUKTUR SEJARAH SPM 2009
( a ) Apakah idea baru yang dibawa oleh penggerak Gerakan Islah?
Mendorong masyarakat melayu untuk membetulkan pandangan mereka terhadap Islam serta memperbetulkan konsep menuntut ilmu Allah dalam konteks yang sebenarnya.
SOALAN SEJARAH SPM STRUKTUR 2009
( a ) Apakah sebab utama munculnya penentangan terhadap penjajahan?
i. Dasar penaklukan British yang merugikan penduduk setempat
ii. Tipu helah British melalui perjanjian dengan Sultan Melayu
iii. Memaksakan sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan
iv. Campur tangan British terhadap adat resam tempatan
SOALAN STRUKTUR SEJARAH SPM
(a) Pengeluaran makanan secara besar-besaran semasa Revolusi Pertanian didorong oleh pelbagai faktor. Kemukakan faktor-faktor itu .
i. Perubahan sistem pemilikan tanah
ii. Penggunaan kaedah saintifik
iii Teknik penanaman lebih efisien
iv. Penggunaan peralatan baru
v. Penggunaan baja kimia
vi. Kaedah pemasaran sistematik
(4 m )
SOALAN SEJARAH SPM 2009
Soalan Sejarah SPM bagi kertas 2 terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A (Struktur) mengemukakan 4 soalan iaitu 2 soalan (Tingkatan 4) dan 2 soalan (Tingkatan 5), manakala Bahagian B pula (2 soalan Tingkatan 4) dan (3 soalan Tingkatan5). Sekarang marilah kita perhatikan beberapa topik penting yang diramalkan penting untuk peperiksaan pada hari Khamis ini bagi Bahagian Struktur.
Friday, November 13, 2009
SOALAN STRUKTUR SPM 2009
(a) Apakah kepercayaan asas agama Hindu?
Kepercayaan bahawa Tuhan mempunyai tiga fungsi iaitu mencipta, memelihara
dan membinasa ( 2 m )
(b) Apakah faktor utama yang mendorong kemunculan agama Buddha di India?
Sistem Kasta Hindu yang membezakan manusia pada beberapa tahap
( 2 m )
(c ) Apakah yang dimaksudkan dengan istilah pagan?
Orang yang tidak menganut sebarang agama di dunia. ( 1 m )
( d ) Bagaimanakah penghormatan yang diberikan oleh masyarakat China kepada Confucius?
Confucius telah disembah sebagai dewa penting kaum China dan ajarannya menjadi
pegangan orang China (2 m)
( e ) Apakah yang dimaksudkan dengan Wu Wei mengikut ajaran Tao.
Wu wei ialah keadaan di mana seseorang tidak bertindak apa-apa terhadap apa
yang berlaku kerana akan merosakkan alam ( 3 m )
Saturday, November 7, 2009
TOKOH-TOKOH PENTING NEGARA KITA
SOALAN ESEI SPM 2009 - TAMADUN ISLAM
(a) Orientalis mendakwa Islam disebarkan melalui mata pedang bukan secara sukarela.
Kemukakan hujah-hujah untuk menyangkal dakwaan ini.
Sebenarnya tersebarnya Islam secara meluas bukanlah kerana paksaan atau peperangan tetapi kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad memikat hati penduduk. Peperangan berlaku disebabkan ancaman berterusan terhadap kafilah perdagangan umat Islam sehingga memaksa orang Islam untuk bertindak mempertahankan diri, agama dan negara. Apabila menang dalam peperangan, tawanan perang tidak dibunuh atau dipaksa memeluk Islam, sebaliknya mereka diampunkan oleh Rasulullah seperti yang terjadi dalam peperangan Badar tetapi dengan syarat tawanan lelaki hendaklah mengajar 10 kanak-kanak Islam membaca, menulis dan mengira. Malahan, rumah-rumah ibadah orang bukan Islam tidak pula dirobohkan.
6 m (m.s 129-131)
Kata Kunci : 1. Kebenaran ajaran Islam memikat hati
2. Ancaman berterusan
3. Mempertahankan diri, agama dan negara
4. Tawanan tidak dibunuh
5. Tawanan tidak dipaksa memeluk Islam
6. Mengajar kanak-kanak Islam
7. Rumah ibadah bukan Islam tidak dironohkan
( b ) Terangkan peristiwa peperangan dan prinsip peperangan yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam.
Peperangan yang pertama dalam Islam berlaku pada bulan Ramadan tahun 2 hijrah apabila kaum Quraisy mencabul perjanjian Hudaibiyah. Allah memerintahkan kaum musliminin memerangi kaum kafir. Perang pertama ini menyaksikan pertembungan yang tidak seimbang, kerana tentera Islam hanya 300 orang sedangkan tentera kafir 2000 orang, namun kemenangan berpihak kepada Umat Islam kerana roh dan semangat Jihad. Perang kedua berlaku di Bukit Uhud dengan pasukan pemanah di larang meninggalkan bukit, tetapi akibat ingkar dengan perintah, umat Islam tewas. Peperangan selanjutnya berlaku di Madinah apabila umat Islam dikepung oleh tentera bersekutu Quraisy tetapi kebijaksanaan Salman al-Farisi yang memberi ilham mengorek parit sekeliling Kota memberi kemenangan kepada umat Islam. Peperangan dibenarkan dalam Islam apabila diserang musuh, memelihara keselamatan rumah ibadah, menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
10 m (m. 130)
Kata kunci : 1. Tahun 2 H
2. Perang Badar
3. Mencabul Perjanjian Hudaibiyah
4. Tidak seimbang
5. 300 tentera Islam lawan 200 tentera kafir
6. Perang Uhud
7. Ingkar perintah - tewas
8. Perang Ahzab / Khandak
9. Ide Salman al-Farisi
10. Menggali parit
11. Apabila diserang musuh
12. Memelihara rumah ibadah
13. Menentang kezaliman
14. Mempertahankan diri
( c ) Apakah garis panduan yang ditetapkan oleh Allah SWT dalam peperangan?
Allah SWT telah menetapkan peraturan tertentu terhadap tentera Islam dalam peperangan iaitu mereka tidak boleh membunuh orang awam yang lemah dan tidak berdaya seperti orang tua, kanak-kanak, kaum wanita, orang yang sakit dan tentera yang telah menyerah diri. Tentera Islam juga dilarang sama sekali membunuh binatang ternakan atau memusnahkan tanaman. Mereka juga dilarang menceriboh dan memusnahkan tempat ibadah bukan Islam.
4 m (m.s 131)
Kata Kunci : 1. Tidak boleh membunuh orang yang lemah
2. Orang Tua, Kanak-kanak dan Wanita
3. Orang Sakit
4. Tentera yang menyerah diri
5. Dilarang membunuh haiwan ternakan
6. Tidak boleh memusnahkan tanaman
7. Rumah Ibadah bukan Islam
Soalan Esei SPM 2009
(a) Terangkan secara ringkas pembinaan Tembok Besar Negara China
Tembok Besar Negara China adalah struktur binaan yang paling mengkagumkan tinggalan tamadun awal dunia. Dibina semasa Zaman pemerintahan Shih Huang Ti sepanjang 5000 km kemudian disambung oleh Dinasti Chou, Dinasti Ming dan dinasti berikutnya yang dibina hampir 1400km dari Kiansu ke Peking (Beijing) dengan tujuan menghalang orang-orang Gasar menceroboh perbatasan Negara China. Ketinggiannya ialah 7.5 m manakala lebarnya antara 4.5 hingga 9 m.
(6 m / m.s 50 dan 60)
Kata Kunci : 1. Struktur binaan mengkagumkan
2. Zaman Shih Huang Ti
3. 5000 km kemudian ditambah 1400 km
4. Dinasti Chou, Ming
5. Kiansu ke Peking
6. Menghalang pencerobohan Kaum Gasar
7. Tingginya 7.5 m
8. Lebarnya 4.5 hingga 9 meter
(b) Terangkan ajaran Taoisme yang dianut oleh penduduk China.
Ajaran ini muncul setelah ajaran Confucian, disebarkan oleh Lao Tze melalui bukunya Tao Te Ching yang menjadi kitab utama ajarannya. Penyebaran ajarannya berlaku apabila beliau mengembara ke seluruh pelosok China memberi pengajaran kepada masyarakat tentang konsep Tao yang memandu arah kehidupan manusia pada jalan yang telah ditetapkan. Jika keluar dari jalan itu, manusia akan sesat, oleh sebab itu manusia perlu tetap di atas jalan yang ditetapkan dan tidak perlu berbuat apa-apa (wu wei). Menurutnya, manusia tidak boleh mengubah takdir.
8m (m/s 67-68)
Kata Kunci : 1. Lao Tze
2. Tao Te Ching
3. Mengembara ke seluruh China
4. Konsep Tao
5. Tetap atas jalan yang ditetapkan
6. Tidak perlu berbuat apa-apa (wu wei)
7. Manusia akan sesat jika ingkar
8. Tidak boleh mengubah takdir
(c) Terangkan kepentingan jalan Sutera kepada kegiatan perdagangan di Negara China.
Jalan Sutera merupakan satu laluan penting bagi kegiatan perdagangan pada zaman keagungan Negara China kerana menghubungkan secara terus Benua Asia dan Benua Eropah melalui wilayah Caucassus. Jalan ini sering digunakan oleh para pedagang untuk membawa barang dagangan mereka ke negara lain. Kewujudan Jalan Sutera mewujudkan hubungan perdagangan antara Dinasti Rom dengan negara China. Kenderaan penting pada waktu itu ialah kereta kuda. Untuk memperepatkan perjalanan, orang China mencipta kolar kuda yang tidak mencekik leher kuda
6 m (m.s 52)
Kata Kunci : 1. Laluan penting
2. Menghubungkan benua Asia dan Eropah
3. Membawa keluar barang dagangan
4. Mewujudkan hubungan dagang
5. Dinasti Rom dan Cina
6. Kereta Kuda
7. Kolar Kuda
KUIZ SEJARAH HARI INI

SOALAN 1
Negara kita paling istimewa kerana terletak di tempat paling hujung benua Asia.
Nyatakan tempat yang dimaksudkan?
A Kuala Dipang
B Desaru
C Tanjung Piai
SOALAN 2
Nyatakan negeri Melayu yang tertua di negara kita.
A Perak
B Kedah
C Johor
SOALAN 3
Manakah antara berikut ini, sumbangan MARA?
I Mewujudkan Arked
II Menubuhkan Universiti
III Memberikan pinjaman modal
IV Membuka FELDA
A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II dan IV
SOALAN 4
Namakan Bapa Perpaduan Negara
A Tun Dr. Mahathir
B Tun Abdul Ghaffar Baba
C Tun Hussein Onn
SOALAN 5
Ide 1 Malaysia, pernah disuarakan oleh tokoh UMNO sebelum ini sejak awal tahun 50-an. Siapakah tokoh tersebut
A Dato' Onn Jaafar
B Linda Onn
C Jaafar Onn
SPM 2009 KERTAS 2 - STRUKTUR
Tingkatan 4
1. Pengaruh Islam di Asia Tenggara
2. Dinasti Umaiyyah - Abbasiyyah dan Uthmaniyyah
3. Zaman Renaissance - Takrifan, Tokoh-tokoh, Sumbangan
4. Dasar British di Tanah Melayu - Undang-undang Tanah (Sebelum dan selepas kedatangan British)
5. Perkembangan Perdagangan di Melaka
Tingkatan 5
1. Undang-undang Tubuh Johor dan Terengganu
2. Isu-isu Perlembagaan : Takrif, Keluhuran, Raja Berperlembagaan dan Pindaan Perlembagaan
3. PBB dan agensi PBB serta peranan Malaysia
4. Penyata-penyata Pendidikan di Malaysia
Thursday, November 5, 2009
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN NEGARA
Laporan Aminuddin Baki tentang aliran teknikal dan vokasional telah mendapat respons yang baik daripada kerajaan ketika itu, sehingga Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional di wujudkan. Laporan Kabinet 1979 yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir yang ketika itu Menteri Pelajaran menyerlahkan lagi potensi pendidikan negara ke satu era baru, melalui rombakan kandungan sukatan dan semakan buku teks, sehinggalah diwujudkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1981) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1983). Ada yang bertanya kenapa di peringkat rendah tiada perkataan "bersepadu"? Jawapannya mudah, tumpuan di peringkat rendah adalah "basic curricullum" dengan memberi tumpuan kepada kemahiran 3M sedangkan di peringkat Menengah, pencapahan ilmu dan aliran mula berlaku. Penyepaduan antara Ilmu Agama dan Dunia berlaku, pelbagai disiplin ilmu dipelajari oleh pelajar.
Biarpun negara telah mengalami perubahan ketara, warisan pendidikan penjajah masih lagi terus di kekalkan. Sekolah Jenis Kebangsaan masih terus wujud, biarpun ada seruan daripada Prof Khoo Kay Kim ke arah Sekolah Satu Aliran, namun pelaksanaannya bukanlah semudah cadangan, ianya memerlukan perbincangan yang menyeluruh, bersemuka dan penjelasan yang mubasabah dan terperinci.
Golongan minoriti seperti masyarakat Orang Asli juga tidak dilupakan dalam arus pendidikan, biarpun kadar keciciran dalam kalangan masyarakat Orang Asli masih lagi ketara. Penubuhan sekolah Orang Asli di pos RPS mereka diharapkan memberi kesedaran dan peluang pendidikan yang sewajarnya.
Tumpuan kerajaan sejak PiPP di perkenalkan oleh Tun hj Abdullah Ahmad Badawi ialah "MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN" dan "MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN" kedua-dua aspek ini penting dalam menjadikan pendidikan sebagai agen perpaduan dan guru sebagai transmisi ilmu, budaya dan peradaban. Antara jalan penyelesaian yang patut diambil untuk mewujudkan hubungan baik antara etnik ialah saling mengenali antara satu sama lain, namun hal ini sukar dicapai jika masing masing kaum mempunyai sekolah yang berteraskan perkauman. Agenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan sebenarnya perlu mendapat sokongan pelbagai kaum, barulah ianya boleh dilaksanakan.
Kerajaan sentiasa sedar, kepentingan golongan guru dalam menzahirkan hasrat untuk membentuk modal insan berkualiti, kerana kelayakannya, kemahirannya dan kesediaan mereka untuk melaksanakan khidmat dengan baik. Di peringkat ini, pelbagai jenis Sekolah telah ditubuhkan untuk memenuhi kehendak golongan PINTAR CERDAS seperti Sekolah Bestari, Sekolah Kluster dan Sekolah Berasrama Penuh.
Selain daripada itu, terdapat badan lain (bukan KPM) iaitu MARA yang menaja bidang pendidikan, bermula dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 5. Sekolah MARA antara sekolah yang berprestasi tinggi dan melahirkan anak Malaysia yang berpotensi.
Di peringkar Pengajian Tinggi, kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia, hub pendidikan serantau, iaitu menjadi tumpuan pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran, disinilah penglibatan pihak swasta perlu dibeikan perhatian. Antara universiti elit di Malaysia, ialah :
1, Universiti Malaya
2. Universiti Pertanian / Putra Malaysia
3. Uniiversiti Kebangsaan Malaysia
4. Universiti Sains Malaysia
5 Universiti Teknologi Malaysia
Cukup di sini dahulu
Raphael
DI TENGAH MALAM YANG SUNYI INI...
Aku hidup dan membesar di Felda Bersia, Gerik, Perak nun di utara Perak, yang mempunyai link dengan Baling di Barat dan Jeli di Kelantan, berhampiran Belum Rain Forest. Memang kehidupan di Felda pada waktu itu menyeronokkan, kehidupan beragama masih kuat, amalan gotong royong begitu terserlah dan yang paling aku ingat, ketika bulan ramadan dan hari raya, selepas Salat Hari Raya, jemaah akan berkumpulan mengunjungi dari rumah ke rumah hinggalah semua rumah dikunjungi.
Ide penubuhan FELDA bagi aku memang satu ide yang brilliant oleh negarawan ulung kita. Banyak kejayaan telah ditatang, kejayaan yang paling besar ialah memberikan tanah ladang untuk kaum bumiputera, meningkatkan taraf hidup mereka dan menyediakan banyak peluang untuk anak-anak FELDA bersaing dengan anak-anak kampung dan bandar. Pada masa sekarang tiada lagi FELDA baru yang dibuka. Kawasan FELDA yang paling luas di buka ialah FELDA Jengka dan FELDA Air Tawar, kemudian FELDA Lasah dan Trolak.
Sekarang FELDA telah banyak berubah. Rumah lama peneroka dah banyak bertukar baru, tetapi tak kurang juga terbiar kosong atau kekal dengan rumah asal. Aku adalah generasi Felda yang telah mengalami banyak perubahan dalam kehidupan. Hari Raya yang lalu, aku sempat singgah di FELDA Bersia. Keadaan tidak banyak berubah, persimpangan Jalanraya Timur Barat - Bandariang masih dalam keadaan yang serupa, kekal asli dan semulajadi.
Coretan sampai disini
Aku Anak Felda
Tuesday, November 3, 2009

Tarian Zapin (Jawi:زافين)
Tarian Zapin adalah tarian yang popular di Johor dan menjadi identiti rakyatnya sejak dahulu lagi. Tarian ini dikatakan berasal dari Yaman kemudian berkembang ke Nusantara bermula di Semenanjung Tanah Melayu, Brunei dan Indonesia dengan beberapa aspek pengubahsuaiannya, maka lahirlah kategori Tarian Zapin, iaitu : Zapin Arab, Zapin Johor, Zapin Lenga, Zapin Pekan dan Zapin Tengku. Tarian ini tangkas dan pergerakannya menarik, apatah lagi jika rentak tari yang ditunjukkan berlaku serentak dan bersama-sama dalam suatu kumpulan penari yang memakai kostum Melayu indah dan senyuman manis menawan, memang mempesonakan sesiapa sahaja yang menonton tarian ini. Sebab itulah ketika rombongan penari TDC mempersembahkan Tarian Zapin di London dan Brussels, pencinta seni di sana memuji keindahan dan keunikan Tarian Zapin.
Di Brunei, tarian Zapin disebut Jipin dan terbahagi kepada dua yang popular iaitu Jipin Laila Sembah dan Jipin Tar. Tarian ini dibawa oleh mubaligh dan pedagang Arab Yaman yang datang ke pelabuhan Brunei, ketika pemerintahan Sultan Sharif Ali. Zapin bermaksud : Pergerakan kaki cepat mengikut rentak pukulan. Kadang-kadang tarian ini dikaitkan dengan upacara pertabalan atau keagamaan.
Remaja masa kini memang bertuah kerana hidup sebagai anak merdeka, dengan keadaan politik negara yang stabil dan keadaan ekonomi yang tidak meruncing. Perubahan ini, justeru telah mengubah selera dan cara hidup masyarakat Melayu yang pernah suatu ketika menjadi benteng dan teras hidup masyarakat Melayu pada masa dahulu.
Jika diimbas kembali pada tahun-tahun 70-an, apabila generasi h/p dan wi fi belum lagi muncul, unsur kekerabatan dan kawalan sosial ahli keluarga masih utuh dan erat. Golongan remaja pada waktu itu tidak mempunyai keberanian untuk melakukan sesuatu menurut kehendak hati mereka, tetapi sentiasa menuruti kata dan perintah ibu bapa. Hal ini disebabkan pengaruh luar yang hendak menarik remaja itu tidak pernah berlaku, kalau pun ada hanya TV, radio, akhbar dan vcd. Pada masa itu, akses pornografi sukar sekali ditembusi. Sesuatu petempatan pula selalunya mempunyai perkaitan persaudaraan malah jiran boleh menegur anak jiran lain.
Masalah kronik generasi muda hari ini bermula dengan pengaruh luaran kemudian ditambah pula dengan kehidupan keluarga yang centang perenang, belenggu kemiskinan dan inginkan keseronokan. Dunia tanpa sempadan, sejak permulaan alaf baru menyaksikan anak-anak muda kita benar-benar telah terherumus dalam perangkap barat bagi melemahkan bangsa timur, yang merdeka fizikal tetapi terbelenggu hati dan pemikiran.
Sejarah telah menyatakan kelicikan barat dan kemajuan mereka dalam R & D malah, dalam buku The Prince karangan Niccolo Machiavelli yang mendorong perlakuan tidak bermoral asalkan mencapai matlamat, telah mempengaruhi golongan muda kita, apatah lagi perlakuan itu dianggap menyeronokkan dan memberi kebebasan.
Sayang sekali, negara kita yang merdeka tidak diisi oleh anak-anak muda yang berhati waja, berjiwa patriotik, cintakan ilmu dan berhati mulia, sebaliknya mereka menjadi sampah, tunggang langgang dan merosakkan masyarakat. Apakah kesudahannya? Hanya ilmu dan kebijaksaan yang akan menentukan.
Monday, November 2, 2009
Di Malaysia terdapat enam universiti awam yang paling berprestij dan dapat dianggap mercu tanda kecemerlangan ilmu dan penyelidikan di negara kita, iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Uniersiti Sains Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Semuanya terletak di pantai Barat.
Pengkorporatan universiti dan usaha menaiktaraf kolej-kolej universiti serta penglibatan pihak swasta dalam membangunkan pendidikan Malaysia, menjadikan bidang pengajian tinggi bukan lagi hak monopoli kerajaan malahan bersaing dalam situasi yang terbuka dengan menawarkan pelbagai kursus dan program-program baru yang diiktiraf oleh Malaysia Qualification Acredition (MQA). Selalunya bidang yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran kerja dan keperluan industri.
Dalam keadaan ini, kita menyaksikan ilmu-ilmu sains sosial kian terpinggir manakala kuliah berkaitan ilmu-ilmu teknikal, sains dan teknologi terus berkembang dan mendapat tempat. Untuk memenuhi keperluan ini, banyak kolej Universiti telah diwujudkan dan universiti baru ditubuhkan dengan sasaran setiap negeri mempunyai sebuah universiti. Hingga kini, bermula dari Perlis hingga ke Sabah kita melihat semua negeri memiliki Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi. Bermula daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kolej Insaniah, Kedah, Kolej Islam Perak, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan, Universiti Tun Hussein Onn (Asalnya KUITTHO), Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Darul Iman (UDIM), Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Dalam erti kata lain, setiap negeri telah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah universiti. Penglibatan sektor korporat seperti Telekom, Petronas, TNB telah menyediakan banyak peluang pendidikan kepada generasi muda negara mendapatkan ilmu dan kepakaran. Pencapaian ini bolehlah dibanggakan namu masih perlu diperbaiki, kerana asas yang perlu dilihat bukan hanya kuantiti tetapi kualiti lulusannya. Kita tak mahu menjadi tercorot dalam kalangan universiti-universiti serantau. Kita harus mengkaji formula kejayaan Universiti Nasional Singapura yang terus kekal unggul.
USAHA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU PERLULAH KEMBALI KEPADA LANDASAN SEJARAH
Sepanjang bulan oktober ini kita mendengar dan dicanangkan dengan ura-ura untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai sabahasa pemersatu, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar ilmu. Namun semuanya itu harus sejalan dengan teladan dan panduan. Dalam pada kita ingin memperkasakan bahasa Melayu, kita melihat semua laman web masih lagi menggunapakai nama Bahasa Inggeris, malahan agensi yang dahulunya dalam Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Inggeris, contohnya Lembaga Akreditasi Negara (LAN) menjadi MQA dan sebagainya.
Kita masih belum dapat mengikis rasa kagum kepada Barat, sepertimana bangsa Jepun, Korea dan Cina. Kita masih menganggap diri kita lemah dan barat maju serta kuat. Minda seperti ini merosakkan usaha membangunkan bangsa dan membentuk jatidiri. Apa yang datang daripada Barat semuanya dianggap perfecto manakala hasil buatan kita, budaya bangsa dan bahasa kita sendiri diperlekehkan. Bukan oleh orang lain, tetapi oleh bangsa sendiri.
Mengangkat martabat bahasa sekaligus akan mengangkat martabat bangsa. Ini telah diakui oleh tokoh-tokoh bahasa, sebab itulah slogan "Bahasa Jiwa Bangsa" perlu dihayati sepenuhnya. Golongan remaja dan anak muda yang telah khayal dengan dunia sms, ict dan siber perlu kembali diarahkan untuk berani berdebat, berhujah dan memikirkan persoalan yang lebih serius melalui penggunaan bahasa yang betul dan tepat.
Raphael
Sunday, November 1, 2009
Kesedaran Tentang Sejarah
Tetapi timbul persoalan. Kenapalah anak remaja selalu meminggirkan Sejarah?
Kenapalah pelajar selalu menganggap Sejarah sebagai matapelajaran yang tidak digemari?
Persoalan ini berkait erat dengan pemikiran, iaitu mind set yang telah tertanam sejak lama tentang kepentingan Sains dan Teknologi hingga melihat subjek yang penuh dengan tahun, nama-nama, kisah-kisah silam dan artifak-artifak lama sebagai mata pelajaran klasik yang ketinggalan zaman, apatah lagi membicarakan mereka yang telah tiada dan tamadun yang telah lenyap, tetapi sedar atau tidak, apabila kita menafikan Sejarah, bererti kita menafikan keberadaan diri kita sendiri di maya pada ini, kerana kelahiran kita, kehidupan kita, kejayaan kita dan kenangan panit manis yang kita lalui adalah Sejarah.
Untuk mengetahui dan mengenal diri kita, negara, peradaban bangsa dan susur galur keturunan asal kita, semuanya adalah suatu rentetan Sejarah yang panjang, penuh berliku dan menarik untuk ditelusuri. Cubalah jadikan diri kita berjiwa kemanusiaan untuk mengangkat martabat bangsa pada masa depan. Sejarah mempunyai kedudukan yang tersendiri sebenarnya dalam kehidupan kita, sama juga seperti disiplin ilmu lain seperti Sains, Matematik, Falsafah dan sebagainya. Kita mengenal melalui Sejarah, kita bertindak melalui Sejarah dan kita beragama juga melalui Sejarah.
Pelajari Sejarah untuk mengetahui, menyelidik, mencungkil maklumat, mencari bukti, membuat resolusi dan menyelesaikan masalah. Pada ketika itu kita akan mempunyai kesedaran tentang kepentingan Sejarah.