Monday, November 16, 2009

SOALAN ESEI TENTANG PERLEMBAGAAN (SPM 2009)

Rujuk Buku Teks m/s 163 - 166

1.       Apakah yang dimaksudkan dengan keluhuran perlembagaan?

          Keluhuran Perlembagaan adalah prinsip ketiga Rukun Negara yang membawa maksud keagungan dan ketertinggian undang-undang. Hal ini bermakna, perlembagaan tidak boleh dicabar dan disangkal oleh mana-mana undang-undang lain, malahan mengatasi Yang Di Pertuan Agong , Raja-raja, Parlimen dan Jemaah Menteri. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan dianggap batal dan tidak boleh dilaksanakan. Hal ini jelas termaktub dalam perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan undang-undang bagi menjamin keluhurannya.
( 6 m )

2.        Huraikan kepentingan Perlembagaan Persekutuan.

           Perlembagaan bertanggungjawab untuk memastikan kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbiran, agar pentadbiran negara berjalan licin dan dapat diuruskan dengan sempurna. Hal ini tentu sekali dapat menjamin kecekapan, keadilan dan ketelusan pentadbiran.
          Melalui perlembagaan juga, jaminan taat setia rakyat  terhadap ketua kerajaan dan ketua negara dapat dinyatakan secara bertulis dan difahami oleh semua, ertinya rakyat memegang matlamat yang sama dengan cara ini, akan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
          Perlembagaan Malaysia juga dapat menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat  untuk berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Rakyat tidak mengalami ketakutan dan dapat menjalani hidup dengan rasa selamat dan tenteram.
          Perlembagaan juga memperuntukkan dengan jelas peranan YDPA dalam memelihara hak istimewa Orang Melayu serta memelihara hak dan keistimewaan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Antaranya dari segi perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan dan lesen perniagaan.
         Perlembagaan juga menjamin kesepatan, kerjasama, keadilan dan kepentingan bersama yang terjalin antara kerajaan pusat dan negeri agar pembangunan dapat diselaraskan di seluruh negara tanpa wujud jurang yang ketara.
( 6 m )


3.       Bagaimanakah proses pindaan Perlembagaan di lakukan?

          Perlembagaan yang telah digubal boleh dipinda jika memenuhi syarat-syaratnya serta mempunyai asas tujuan yang konkrit. Sejak tahun 1957, apabila Perlembagaan digubal, telah beberapa kali, pindaan dilakukan dengan tujuan melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan pentadbiran.
         Pindaan bertujuan untuk menjadikan undang-undang lebih munasabah dan dapat diterima ertinya undang-undang tidak lapuk dan sesuai dengan zaman, dengan cara ini barulah rakyat akan patuh dan mengikut undang-undang.
        Selain daripada itu, perlembagaan juga dipinda untuk melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka kerana boleh menimbulkan sensitiviti antara kaum, seperti kuasa Raja-raja, agama Islam, kedudukan istimewa Orang Melayu  dan bahasa Melayu. Dalam hal ini, Akta Hasutan 1970 teah digubal bagi menghalang mana-mana individu mempersoalkan perkara-perkara yang menyentuh hal-hal yang sensitif
        Perlembagaan dapat dipinda melalui empat kaedah pindaan, iaitu persetujuan majoriti lebih suara 2/3 ahli parlimen bagi hal-hal yang berkaitan dengan YDPA dan Raja-raja Melayu. Kaedah kedua pula persetujuan lebih suara 2/3 ahli parlimen dengan persetujuan YDP Sarawak dan Sabah bagi kes-kes yang melibatkan hak istimewa penduduk Sabah dan Sarawak. Kaedah ketiga pula ialah persetujuan lebih suara 2/3 ahli Parlimen yang berkaitan dengan mana-mana perkara yang tidak disentuh dalam kaedah pertama dan kedua. Manakala kaedah keempat, ialah persetujuan lebih suara Dewan Parlimen yang berkaitan kewarganegaraan, sumpah, ikrar dan persaraan ahli Dewan Rakyat serta perkara 74 dan 76 berkaitan senarai negeri dan senarai persekutuan
( 8 m )
 

1 comment: